Pengarah Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Norhaslinda Nordin berkata, keadaan itu tiada kaitan dengan unsur boikot dan ia akan berubah menjelang seminggu Ramadan.

"Bazar [email protected] Raja beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam sepanjang Ramadan dan kebiasaannya dikunjungi pada lewat petang hingga ke malam kecuali hujung minggu. Jadi tidak nampak di sini peniaga-peniaga memboikot tapak ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jelas Norhaslinda, Bazar [email protected] Raja adalah khusus untuk jualan persiapan menyambut hari raya seperti pakaian, perhiasan dan aksesori diri dan rumah serta makanan kering berbungkus. 

"Tiada juadah berbuka puasa serta aktiviti memasak dibenarkan di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, pengunjung boleh membeli juadah berbuka puasa di tapak bazar sedia ada di Lorong Tuanku Abdul Rahman. 

 "Pengasingan ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan memudahkan kawalan dari segi kebersihan dan mutu makanan yang disediakan dilakukan," katanya. 

Sementara itu, Norhaslinda menjelaskan kesemua 344 lot tapak bazar telah ditempah dan tiada kekosongan sehingga kini memandangkan kesemua peniaga telah membayar wang cagaran yang ditetapkan. 

"Peniaga diberi masa selama tiga hari mulai 5 Mei untuk memasuki tapak yang telah ditetapkan dan kegagalan melakukannya akan menyebabkan tapak itu ditarik balik dan nama mereka disenarai hitam. 

"Peniaga juga bakal kehilangan wang cagaran sebanyak RM1,000 dan tapak itu akan ditawarkan kepada peniaga lain," katanya. - Bernama