Dia yang lebih mesra de­ngan panggilan Yaya berkata, kira-kira 40,000 kuih bakul telah disiapkan sejak menerima tempahan penghujung bulan lalu.

Kata Yaya, dia mempelajari cara membuat kuih bakul dan kuih bulan menerusi kenalan Facebook yang juga seorang cef dari Beijing, China pada 2014 sebelum memulakan perniagaan ­secara kecil-kecilan.

“Saya menjangka me­nerima tempahan 100,000 biji kuih sepanjang sam­butan Tahun Baru Cina tidak terma­suk 20,000 yang dieksport ke China.

“Dibantu 10 pekerja, saya terpaksa menghentikan sementara pengeluaran kuih bulan yang merupakan produk utama kilang ini untuk memberi fokus kepada kuih bakul,” katanya ketika ditemui Kos­mo! di kilangnya di Te­luk Kalong dekat sini baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.