Laporan tersebut telah dibuat oleh Rita, 42, di Balai Polis Semenyih pada 5 Januari lalu sekitar pukul 10.35 malam.

Menerusi status di laman Instagramnya, Pekan yang merupakan baka British Short Hair yang dipinjamkan kepada sepasang suami isteri di Bandar Baru Semenyih, dekat sini bagi tujuan mengawan pada 1 Januari lalu dikatakan hilang apabila kucing itu didakwa meloloskan diri daripada sangkar sewaktu dalam jagaan peminjam.

Walau bagaimanapun, pelakon yang popular dengan filem Mami Jarum itu berasa sangsi dengan penjelasan pasangan tersebut kerana mereka enggan bekerjasama dengan Rita untuk mencari semula Pekan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.