Klip video daripada televisyen litar tertutup (CCTV) yang ditularkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia sejak awal pagi semalam mendapat ba­nyak kritikan dan kata-kata maki hamun netizen.

Menerusi klip video berdurasi dua minit 50 saat itu, kelihatan dua lelaki, seorang berbadan kurus dan seorang lagi berbadan gempal memasuki premis tersebut dengan membawa sejumlah pakaian ke premis dobi itu pada pukul 12.30 tengah malam.

Ketika lelaki gempal melipat pakaian, kelihatan lelaki berbadan kurus menangkap seekor kucing di bawah meja lalu haiwan itu dimasukkan ke dalam sebuah mesin pengering pakaian.

Tindakan lelaki berbadan kurus itu tidak dibantah lelaki berbadan gempal yang dilihat te­rus melipat pakaian dan bercakap-cakap dengan rakannya itu.

Tidak lama selepas itu, kedua-dua lelaki berkenaan beredar dari premis itu dengan membawa pakaian yang dilipat. Kucing tersebut tidak dikeluarkan daripada mesin pengering pakaian itu.

Selang beberapa saat, kedua-dua lelaki sama muncul semula di dobi layan diri itu dan kali ini lelaki berbadan kurus dan berseluar panjang dilihat memasukkan duit syiling ke dalam mesin pengering pakaian lalu menekan butang untuk proses mengering.

Kedua-dua lelaki tersebut dilihat ketawa sesama mereka sambil memerhati kucing yang sedang berpusing di dalam mesin penge­ring berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.