Model pertama yang telah berjaya ialah TPI Raudhatul Sakinah 1 Kuala Lumpur-Karak, Taman Batu Muda di sini yang mula dibuka pada 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, TPI Raudhatul Sakinah 2 Bukit Kiara 2 seluas 2.2 hektar itu menyediakan sebanyak 4,452 lot kubur.

Katanya, selain lengkap dengan kemudahan seperti pejabat pentadbiran, papan tanda informasi, ruang parkir, tandas dan landskap, saiz lot kubur juga diseragamkan serta diletakkan batu tanda dengan nombor siri.

“TPI Raudhatul Sakinah 1 telah menjadi bual bicara orang ramai bukan sahaja majlis agama Islam di negeri-negeri malah di­lawati oleh pelawat dari negara-negara ASEAN seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

“Mereka datang untuk melihat model kawasan perkuburan yang tersusun rapi berserta landskap atau seindah namanya taman ketenangan,” katanya kepada pemberita selepas Maj­lis Perasmian TPI Raudhatul Sakinah 2 Bukit Kiara 2 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.