Presiden UMNO menegaskan, perang sebenar dalam PRU-14 yang disifatkan sebagai Bapa Segala Pilihan Raya menuntut tujuh juta ahli UMNO dan BN bertempur serta bertarung di alam dunia digital sebagai pejuang siber.

Beliau memberitahu, jika negara terlepas kepada pihak yang salah, semua perkara dibina de­ngan susah payah selama ini akan musnah dan hancur berkecai di depan mata.

“Perang sebenar pada pilihan raya kali ini adalah peperangan dalam alam siber dan dunia digital.

“Kalau kita gagal menguasai dunia siber dan digital ini, maka apa yang kita usahakan selama ini mungkin menjadi sia-sia,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Daga­ngan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Najib mengambil masa satu jam 30 minit untuk menyampaikan ucapan tersebut yang bertajuk UMNO: Pelaksana Wasiat Pusaka, Harapan Sejati, Ke­sejahteraan Bangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.