Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kelulusan tersebut diberikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini.

"Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak juga telah menerima surat berkenaan. Kita akan buat persediaan ke arah bandar raya Kuantan," ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang serta Perasmian Kem Nemo di De Rhu Beach Resort dekat sini hari ini.

Wan Rosdy bagaimanapun menambah, perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan dalam masa singkat kerana terdapat banyak syarat yang perlu dipatuhi.

"Banyak perkara yang perlu diikuti dan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu. Perbincangan antara Majlis Perbandaran Kuantan, kerajaan negeri dan Persekutuan juga perlu dilakukan," tambahnya. - K! ONLINE