Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat nelayan di sekitar Kuala Perlis, mereka telah terserempak dengan mamalia comel itu kira-kira tiga bulan yang lalu.

 "Ikan lumba-lumba dilihat menghampiri pinggir pantai untuk mencari makanan seperti anak ikan belanak, kedera dan udang.

 "Waktunya sekitar pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang setiap hari," katanya ketika dihubungi hari ini.

 Ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy, Indo Pacific dan Bottlenose boleh ditemui sekitar perairan Perlis dan Pulau Langkawi, Kedah bermula Januari hingga Oktober ini.

 Malah, ada nelayan mendakwa ternampak dengan ikan paus jenis Bryde namun, setakat ini tiada bukti jelas yang mengesahkannya. - K! ONLINE