Beliau berkata, pelaksanaan operasi 24 jam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam dan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao yang akan bermula pada 1 April 2019 membuktikan komitmen kedua-dua negara dalam perkara ini.

Kerajaan Malaysia juga sedang mengkaji projek-projek pembangunan sempadan yang lain yang boleh memacu pertumbuhan negeri-negeri di sempadan, kata beliau.

Projek yang mendapat kelulusan kerajaan ialah pembangunan depot trak di Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam. Projek ini dijangka meningkatkan kedudukan Kedah sebagai pintu masuk strategik bagi perdagangan sempadan antara Malaysia dan Thailand, " kata beliau pada perjumpaan dengan Jawatankuasa Tetap Bersama Perdagangan, Perindustrian dan Perbankan (JSCCIB) Thailand di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu kini berada di Bangkok untuk lawatan rasmi dua hari ke Thailand bermula semalam. - Bernama