Beliau juga menyeru mereka agar kekal setia kepada raja, negara dan kerajaan yang dipilih.

"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem d emokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, kita  harus menghormati keputusan PRU14 seperti mana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. 

"Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 132 (2A), setiap penjawat awam akan terus berkhidmat selama mana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam kenyataan di sini.

Ali membuat gesaan itu meliputi semua anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, badan berkanun persekutuan dan negeri, serta pihak berkuasa tempatan. - Bernama