Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Ssunaibari Mohd. Khalil berkata, kesemua jemaah terbabit telah berlepas untuk melaksanakan umrah dengan dua penerbangan pada 26 dan 28 November lalu. 

"Kami menanggung kos umrah mereka sebanyak RM380,000 dan berharap masyarakat memahami bahawa syarikat ini tidak terlibat dalam kejadian itu," katanya pada satu sidang media di sini hari ini. 

KRS Travel yang menawarkan pakej umrah dan pelancongan kepada orang ramai sejak 18 tahun lalu kini mempunyai sembilan cawangan dan lebih 60 wakil di seluruh negara. 

Kosmo! pada 4 Disember lalu melaporkan sepasang suami isteri dihadapkan ke  Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan berkaitan penyelewengan wang pakej umrah bernilai RM40,380. 

Mereka dituduh melakukan penyelewengan tersebut antara tempoh September hingga November lalu di premis KRS Travel yang beralamat di A-05 Tingkat 1 Jalan Bukit Sekilau, Kuantan. - K! ONLINE