Menurut kenyataan KPYPJ , pihaknya akan menawarkan program-program kemahiran peringkat sijil, sijil kompetensi, diploma serta ijazah kepada belia Felda yang merangkumi program jangka pendek, perdana, sepenuh masa atau separuh masa.

Katanya, dalam masa yang sama, KPYPJ akan membantu belia lulusan latihan KPYPJ itu untuk mendapatkan penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat dan organisasi yang sesuai dengan kemahiran yang dimiliki.

"KPYPJ juga akan menyediakan segala kemudahan pembelajaran dan penginapan, makan, minum dan logistik  kepada belia Felda terlibat sepanjang tempoh kursus yang dijalani.

"Bagi pihak MBFM pula, majis itu akan membantu mempromosi dan membekalkan belia Felda yang berminat mengikuti pengajian di institusi latihan KPYPJ selain membantu mendapatkan dana bagi latihan dan pendidikan belia Felda untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan dan kemahiran kendiri golongan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Rashid A. Rahman dan Pengurus Besar KPYPJ, Abdul Razak Mohd Saad  menandatangani memorandum itu bagi pihak KPYPJ manakala MBFM pula diwakili Presidennya, Muhammad Fadzli Hasan dan Pengarah Jabatan Inovasi & Generasi Baru Felda, Nik Hasrul Mohd Zainudin. 

Upacara tersebut disaksikan Pengarah Besar Felda, Datuk Abdul Ghani Mohd Ali dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malik di Felda Ayer Hitam, di sini semalam. - K! ONLINE