Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kemudahan pusat jagaan kanak-kanak adalah antara sokongan utama yang boleh diberikan kepada ibu bapa bagi menggalakkan lebih banyak kelahiran.

"Kekurangan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja antara faktor golongan ibu mengehadkan bilangan kelahiran dalam keluarga mereka.

"Oleh sebab itu, perhatian yang harus kita berikan adalah kemudahan pusat jagaan kanak-kanak agar ibu bapa yang bekerja boleh melaksanakan tugas mereka seperti biasa tanpa perlu risau mengenai keselamatan anak-anak mereka," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Asmak Husin mengenai rancangan atau promosi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan kaum ibu meningkatkan bilangan kelahiran dalam keluarga. - Bernama