KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak kementerian mengambil langkah sewajarnya dalam memberi pendedahan tentang larangan membeli dan bahaya penggunaan bahan-bahan tersebut kepada murid sekolah.

Jelasnya, KPM juga akan mengingatkan ibu bapa untuk memantau kegiatan anak-anak yang menjurus ke arah kegiatan itu.

“Pihak kementerian memandang serius isu jualan bahan-bahan terlarang seperti rokok elektronik dan vape kepada murid-murid sekolah seperti yang diviralkan beberapa hari sebelum ini.

“Hasil daripada pemantauan dan aduan yang diterima, KPM mendapati jualan bahan-bahan tersebut adalah di luar kawasan sekolah,” katanya. - K! ONLINE