Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian sedang mengumpul input daripada pihak polis supaya penguatkuasaan undang-undang dapat dijalankan oleh kedua-dua pihak.

"Apa yang berlaku sekarang PBT keluarkan lesen jadi apabila mendapat aduan seperti pusat hiburan yang disalah guna sebagai pusat judi, PBT turun padang tetapi mereka tidak boleh ambil tindakan terhadap golongan ini kerana ia jatuh dalam kategori jenayah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida berkata, beliau telah meminta PBT meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan bekerjasama dengan polis bagi membendung masalah itu. - Bernama