Barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging kambing tempatan dan import, telur ayam gred A, B dan C, tomato serta lada benggala hijau.

Timbalan Pengarah KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khali berkata, penguatkuasaan skim kawalan harga untuk 11 barangan tersebut dibuat sebagai langkah bagi menyekat kenaikan harga barangan keperluan itu menjelang perayaan berkenaan.

“Penentuan harga bagi barangan tersebut dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa selain mengambil kira faktor perubahan harga.

“KPDNKK Perak akan mengerahkan 213 pegawai penguat kuasa bagi memantau lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah sepanjang tempoh pelaksanaan skim kawalan harga berlangsung,” katanya pada sidang akhbar di pusat beli-belah Aeon Big Falim di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Aeon Big (M) Sdn. Bhd., Nobutada Hanaoka. - K! ONLINE