Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, rampasan pada pukul 9 pagi itu adalah hasil maklumat risikan yang dijalankan selama seminggu oleh pihaknya sebelum ini.

Menurutnnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati pemilik premis berkenaan telah melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memindahkan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan.

 "Kita akan siasat kes ini mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika disabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 Akta yang sama iaitu bagi individu boleh didenda sehingga     
RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM2 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Azanizam memberitahu, kejayaan itu menyemarakkan lagi semangat pihaknya untuk terus melipat gandakan operasi bagi mengekang sebarang aktiviti yang menyalahi peraturan KPDNHEP.

Katanya, KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan. - K! ONLINE