Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, pihaknya setakat semalam telah melakukan pemeriksaan di 1,713 premis di 44 buah bazar Ramadan selurun negeri.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak mengambil sebarang tindakan ke atas peniaga sepanjang lapan hari operasi itu dijalankan.

"Dengan kekuatan anggota sebanyak 130 orang di seluruh negeri, pemeriksaan premis di bazar Ramadan pada tahun ini telah digiatkan bagi mencegah kenaikan harga secara berlebihan.

"Kita juga tidak menerima sebarang aduan atau laporan berhubung kenaikan harga secara mendadak," katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di bazar Ramadan Masjid Bandar Perda di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini.

Sementara itu, Mohd. Ridzuan berkata, pada operasi itu, pihaknya mengesan seorang peniaga di bazar Ramadan berkenaan yang melakukan kesalahan gagal menentusahkan alat timbang yang digunakan.

"Peniaga itu dikompaun serta merta sebanyak RM100 selepas didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972," katanya.

Semenetara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan boleh menghubungi KPDNHEP di talian 1800 886 800 atau emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my. - K! ONLINE