Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata, sebanyak dua buah premis menjual kasut pelbagai jenama diserbu dalam operasi kira-kira pukul 5 petang tersebut.

"Operasi yang disertai 10 pegawai penguatkuasa ini dijalankan berdasarkan hasil risikan. Operasi turut disertai wakil pemilik cap dagang. Kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. 

"Premis yang menjual kasut pelbagai jenama tiruan ini turut menjalankan aktiviti mereka secara bergerak dengan menyertai ekspo atau menyewa tapak di pasar raya sekitar Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE