Timbalan Pengarahnya, Firdus Zakaria berkata, operasi berkenaan dilaksanakan hasil aduan pemilik cap dagangan jenama terbabit berhubung penjualan selipar tiruan jenama mereka.

"Operasi yang dijalankan mendapati dua premis tersebut membekalkan selipar jenama berkenaan yang disyaki tiruan kepada peniaga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Firdus berkata, siasatan mendapati bekalan selipar tiruan itu dipercayai diambil dari negara jiran melalui orang tengah yang kebanyakannya menggunakan jalan darat untuk pasaran di Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata, harga belian secara borong selipar tiruan itu bagi sedozen (12 pasang) sekitar RM45 manakala harga jualannya antara RM70 dan RM75 bagi setiap dozen. - Bernama