Menurut carta firma pengauditan, Audit Bureau Circulation (ABC), Kosmo! yang diterbitkan pada 31 Ogos 2004 mencatatkan purata edaran sebanyak 136,408 naskhah sehari dalam tempoh enam bulan diikuti Utusan Malaysia (95,769 naskhah) dan akhbar pesaing, Ha­rian Metro (85,626 naskhah) serta Berita Ha­rian (43,026 naskhah).

Dengan laporan terkini ABC itu, akhbar kompak itu kekal sebagai akhbar nombor satu selama empat tahun berturut-turut sejak 2015.

Mengikut rekod firma pengauditan itu, Kosmo! menunjukkan prestasi yang konsisten dan baik dari segi edaran sepanjang tahun lalu.

Selangor menjadi ne­geri paling tinggi edaran akhbar itu iaitu sebanyak 46,478 naskhah diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (20,632 naskhah) serta Kedah (10,611 naskhah).

Bagi ka­tegori akhbar berbahasa Inggeris, The Star menjadi akhbar yang mencatatkan eda­ran paling tinggi iaitu sebanyak 151,62 naskhah diikuti The Borneo Post (53,561 naskhah) dan New Straits Times (23,511 naskhah).

Akhbar Sin Chew pula kekal sebagai pilihan utama pembaca bagi kategori akhbar berbahasa Cina dengan jumlah edaran sebanyak 276,102 naskhah jauh meninggalkan pesaingnya, Guang Ming yang mempunyai edaran 43,396 naskhah sehari dalam tempoh tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.