Beliau berkata, keputusan pembatalan itu dibuat oleh kerajaan menerusi hasil perbincangan semua pihak demi menjaga kepentingan negara.

"Ia adalah hasil perbincangan, bukannya kita (kerajaan) tidak mahu buat (ECRL) tetapi kosnya terlalu tinggi, kita juga perlu melihat sama ada apa yang dirunding oleh Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum ini adalah benar-benar menguntungkan negara atau tidak. 

"Banyak yang sudah didedahkan bahawa ia (perjanjian ECRL) memang berat sebelah, jika dapat persetujuan daripada China untuk dirundingkan semula demi kebaikan negara kita, Alhamdulilah," katanya ketika ditemui pemberita pada program Korban Perdana Parlimen Shah Alam di Masjid Riadhussolihin Seksyen 17 di sini hari ini.

Pada program tahunan itu, sebanyak 14 ekor lembu dan tiga ekor kambing diagihkan kepada kariah di kawasan berkenaan untuk ibadah korban. - Bernama