Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui dalam mana-mana projek yang melalui pembidaan secara tender terbuka akan berlaku penjimatan kos.

“Sebab itu saya nyatakan, ia merupakan satu perkiraan dan bukan harga tender bagi projek berkenaan. Perkiraan dibuat bersama-sama dengan Kementerian Kewangan pada peringkat ini.

“Sudah tentulah mana-mana pembidaan yang dibuat secara tender terbuka ia akan melakukan penjimatan. Sebab itu daripada awal Pakatan Harapan (PH) sudah mendesak kerajaan sebelum ini supaya semua projek dibuat secara tender terbuka,” kata­nya pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.