Beliau membuat pengumuman mengejutkan itu menjelang pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada satu sidang kemuncak yang dijadualkan pada hujung Mei ini.

Malah, kenyataan itu dikeluarkan kurang seminggu sebelum Jong-un dijadual bertemu dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in sempena sidang kemuncak Zon Bebas Tentera yang selama ini memisahkan kedua-dua semenanjung Korea.

“Tiada lagi sebarang ujian nuklear mahupun pelancaran peluru berpandu jarak sederhana dan ujian ICBM
oleh Republik Demokratik Rakyat Korea Utara (DPRK).

“Oleh itu, tapak ujian nuklear Korea Utara juga tidak diperlukan lagi,” katanya semasa berucap pada perhimpunan Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja,” lapor agensi berita KCNA.

Pyonyang membuat keputusan mengenai penutupan tapak ujian nuklear dan pelancaran ICBM pada hari ini. - AFP