Ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) itu dibuat dua bulan selepas Pyongyang menghentikan ujian misilnya.

Pelancaran itu merupakan cabaran terbaharu buat Presiden AS, Donald Trump yang sebelum ini berjanji akan membendung keupayaan nuklear Korea Utara.

Agensi berita KCNA melaporkan,  Peluru berpandu Hwasong-15 yang dilancarkan hari ini itu merupakan ICBM dilengkapi dengan peledak yang sangat besar dan mampu menyerang mana-mana lokasi di tanah besar AS.

Pyongyang  berkata, peluru berpandu tersebut mencapai altitud 4,475 kilometer dan jatuh 950 kilometer dari lokasi pelancarannya. - AFP