Timbalan Penga­rah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, siasatan awal polis setakat ini mendapati produk berkenaan telah dibeli oleh seseorang atau satu sindiket sebelum dicampur bahan terlarang dan dibungkus semula.

“Selepas menyedari kegiatan mereka mengedarkan kopi tersebut di pusat hiburan gagal, pihak sindiket telah membuangnya ke tempat pembua­ngan sampah.

“Orang awam atau pengutip sampah yang melihat kopi itu adalah jenama mahal dan masih baik kemudian dipercayai membawanya pulang sebelum diberikan kepada rakan-rakan lain tanpa diketahui isi kandu­ngannya,” kata Chaz Chiang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.