Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dalam hal tertentu kerajaan boleh menghantar Menteri Luar untuk tujuan itu, namun adakalanya menteri lain juga dihantar ke luar negara dengan tujuan yang khusus.

"Ada banyak cara berurusan dengan rakan luar negara kita, kadang-kadang kita menghantar Menteri Luar, kadang-kadang kita hantar Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

"Jadi ia bergantung kepada keadaan. Ia berdasar kepada satu-satu kes," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini ketika diminta mengulas keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengutuskan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin ke China baru-baru ini.

Sambil mempertahankan tindakan itu, Saifuddin berkata, Daim diberikan mandat khusus dan beliau melaporkan secara langsung hasil lawatannya ke China kepada Perdana Menteri. - Bernama