Penulis pula sudah membeli semua baju dan kasut untuk anak-anak lebih awal tahun ini ke­rana mengambil pengajaran dua tahun berturut-turut sebelum ini apabila semua yang hendak dibeli kehabisan stok pada saat akhir.

Tahun lepas, anak penulis terpaksa memakai baju tahun sebelumnya yang sudah tidak secerah mana dan agak kecil saiznya kerana banyak kedai kehabisan stok saiz yang dikehendaki.

Jadinya, tahun ini sebelum bermula cuti sekolah lagi penulis sudah siap-siap membeli kelengkapan ‘back to school’ termasuk kasut hitam.

Bercerita mengenai kelengkapan ke sekolah, penulis teringatkan kisah seorang teman yang mengeluh mengenai kerenah anaknya yang menentukan jenama beg sekolah dan tempat letak pensel yang disukai.

“Aku peninglah anak minta hendak pakai beg sekolah dan tempat letak pensel jenama S tahun depan, semua syarat yang aku berikan semuanya dia penuhi termasuk dapat 9A dalam peperiksaan akhir tahun.

“Kau bayangkan harga beg sahaja hampir RM200 dan tempat letak pensel pula berharga sehingga RM70 satu, pening kepala memikir­nya,” keluh teman penulis.

Dia bercerita lebih lanjut, jenama S itu memang sedang popular dalam kalangan budak-budak sekolah sekarang dan dia tidak sampai hati untuk tidak memenuhi permintaan anaknya itu.

Ceritanya lagi: “Anak aku cakap ramai kawannya di sekolah pakai jenama S dan dia sangat te­ringin dan berkenan untuk memilikinya juga pada tahun depan.

“Kasihan pula aku teringatkan permintaannya itu tetapi memikirkan harga barang itu agak mahal, beratus kali aku fikir balik memandangkan banyak yuran dan kelengkapan lain juga perlu dibayar bulan ini,” katanya.

Memang semua perkara perlu diambil kira. Kalau anak seorang bolehlah dipenuhi semua permintaan, jika anak dua atau tiga memang pening ibu bapa dibuatnya.

Penulis kasihan pula dengan kisah teman itu, dan beberapa kali juga telah berkongsi jualan murah di platform beli-belah online mengenai jenama S permintaan anak kesayangannya itu.

Rasanya kesudahan jenama S itu dia membeli pada jualan murah online itu kerana harganya murah sedikit berbanding di butik.

Jika difikirkan semula, semua benda bukannya murah pada zaman sekarang. Sekolah tadika yang biasa-biasa dan bukannya jenis francais juga boleh mencecah RM1,000 yuran pendaftarannya.

Sekolah agama rakyat juga walaupun di bawah kendalian jabatan agama Islam tetap juga yurannya mencecah RM600. Itu baru anak seorang, bayangkan kalau anak ramai.

Memang memeningkan. Pendek kata, semua­nya perlu dirancang lebih awal dari segi tabu­ngan dan perbelanjaan ke sekolah nanti.

Penulis pula, tahun ini lebih teratur urusannya setelah mengambil kira pengajaran dua tahun sebelum ini apabila anak masuk ke darjah 1 dan segalanya diuruskan saat akhir sehingga banyak barang telah kehabisan stok.

Tinggal lebih kurang 16 hari lagi akan bermulalah sesi persekolahan 2019 sudah tentu kini ibu bapa sibuk membeli kelengkapan kembali ke sekolah.

Penulis pula sudah membeli semua baju dan kasut untuk anak-anak lebih awal tahun ini kerana mengambil pengajaran dua tahun berturut-turut sebelum ini semua yang hendak dibeli kehabisan stok kerana membeli saat akhir.

Tahun lepas anak penulis terpaksa memakai baju tahun sebelumnya yang sudah tidak secerah mana dan agak kecil saiznya kerana banyak kedai kehabisan stok saiz yang dikehendaki.

Jadinya, tahun ini sebelum bermula cuti sekolah lagi penulis sudah siap-siap membeli kelengkapan ‘back to school’ termasuk kasut hitam.

Bercerita mengenai kelengkapan ke sekolah penulis teringat mengenai kisah seorang teman yang mengeluh mengenai kerenah anaknya yang menentukan jenama beg sekolah dan tempat letak pensil yang disukai.

“Aku peninglah anak minta hendak pakai beg sekolah dan tempat letak pensel jenama S tahun depan, semua syarat yang aku berikan semuanya dia penuhi termasuk dapat 9A dalam peperiksaan akhir tahun.

“Kau bayangkan harga beg sahaja dekat RM200 dan tempat letak pensel pula berharga sehingga RM70 satu, pening kepala memikirnya,” keluh teman penulis.

Dia bercerita lebih lanjut, jenama S itu memang tengah tersohor dalam kalangan budak-budak sekolah sekarang dan dia tidak sampai hati untuk tidak memenuhi permintaan anaknya itu.

Ceritanya lagi: “Anak aku cakap ramai kawanya di sekolah pakai jenama S dan dia sangat teringan dan berkenan untuk memilikinya juga pada tahun depan.

“Kasihan pula aku teringatkan permintannya itu tetapi memikirkan harga barang itu agak mahal beratus kali aku fikir balik memandangkan banyak yuran dan kelengkapan lain juga perlu dibayar bulan ini,” katanya.

Memang semua perlu diambil kira, kalau anak seorang bolehlah dipenuhi semua permintaan, jika anak dua atau tiga memang pening ibu bapa dibuatnya.

Penulis kasihan pula dengan kisah teman itu, dan beberapa kali juga telah berkongsi jualan murah di platform beli-belah atas talian mengenai jenama S permintaan anak kesayangannya itu.

Rasanya kesudahan jenama S itu dia membeli di jualan murah dalam talian itu kerana harganya murah sedikit berbanding di butik itu sendiri.

Jika difikirkan balik semua benda bukannya murah di zaman sekarang, sekolah tadika yang biasa-biasa bukannya yang jenis francais juga boleh mencecah RM1,000 yuran pendaftarannya.

Sekolah agama rakyat juga walaupun dibawah kendalian jabatan agama tetap juga yuran mencecah RM600, itu baru anak seorang tidak termasuk lebih seorang.

Memang memeningkan, pendek kata semuanya perlu dirancang lebih awal dari segi tabungan dan perbelanjaan ke sekolah nanti.

Penulis pula, tahun ini lebih teratur urusanya setelah mengambil kira pengajaran dua tahun sebelum ini apabila anak masuk ke darjah 1 dan segalanya diuruskan saat akhir sehingga banyak barang telah kehabisan stok.