Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar­ Omar berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 11.55 pagi ketika Mohd. Saifuddin Ahmad, 33, menunggang motosikal bersama ibunya, Hasnah Ahmad, 63, menuju ke pusat bandar untuk berjumpa dengan peguam berhubung urusan penjualan tanah.

“Setibanya di Kilometer 7.0, motosikal mangsa jenis Honda EX5 berwarna merah dipercayai telah dirempuh sebuah lori jenis Ford Tarder berwarna merah dari arah belakang kerana hilang kawalan dan masuk ke laluan motosikal di bahagian kiri.

“Rempuhan berkenaan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh. Mohd. Saifuddin telah diseret sejauh 30 meter manakala ibunya sejauh 13.5 meter berdasarkan kesan calar pada bahagian jalan raya,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.