Shopee dalam satu kenyataan hari ini berkata, set berkenaan tidak boleh dibeli dimana-mana kedai Lego dan hanya boleh dibeli secara online, salah satunya di Shopee.

“Set MetalBeard’s Heavy Metal Motor Trike dalam The LEGO Movie 2 yang menarik dan luar biasa digunakan untuk menentang penjahat utama dalam filem, iaitu Sweet Mayhem dan Star,” katanya dalam kenyataan berkenaan hari ini.

Semalam filem animasi, Lego Movie 2: The Second Part ditayangkan di seluruh negara yang tidak lari dari jalan cerita siri filem pertamanya pada lima tahun lalu.

Filem berkenaan mengisahkan pengembaraan penuh aksi yang menghiburkan sambil mengikuti wira-wira Bricksburg untuk menyelamatkan bandar raya mereka daripada ancaman penakluk Lego Duplo asing.

Set permainan lego bagi koleksi filem ini mempunyai 16 set bangunan yang diilhamkan oleh The LEGO Movie 2: The Second Part.

Set binaan The LEGO Movie 2 menawarkan sesuatu untuk semua  iaitu daripada set Lego Duplo untuk jurubina muda kepada set sistem lego untuk budak lelaki, perempuan dan juga dewasa.

Dalam kenyataan Shopee lagi, Set  MetalBeard’s Heavy Metal Motor Trike merangkumi kepala patung MetalBeard turut berputar dengan dua meriam tembakan boleh laras, senapang jerung boleh laras dengan rahang yang boleh berkatup, sangkar gagak, bendera dan tiga roda dengan tayar getah dan roda depan yang sangat besar.

“Set lego ekslusif ini tidak dijual di kedai Lego sebaliknya hanya dijual di kedai rasmi Lego di Shopee dengan harga RM289.90 dan pembeli berpeluang mendapatkan set hadiah MetalBeard dengan pembelian produk The Lego Movie 2 dalam talian bernilai RM179, selagi stok masih ada,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Bagi melihat koleksi Lego The Movie 2 boleh layari https://shopee.com.my/m/lego2019 .

Set MetalBeard’s Heavy Metal Motor Trike.
Set MetalBeard’s Heavy Metal Motor Trike.