Beliau berkata, pelajar terbabit akan ditempatkan di sembilan KPTM seluruh negara termasuk  sebuah  Kolej Universiti Mara di Kuala Lumpur.

"Di KPTM peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran termasuk ke luar negara adalah terbuka luas,"  katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Majlis Perwakilan Pelajar KPTM-Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini hari ini.

Beliau percaya KPTM akan menjadi pilihan pelajar kerana selain peluang pengajian yang ditawarkan, pelajar lepasan kolej itu mudah mendapat pekerjaan di sektor pilihan mereka.

Nordin berkata, setakat ini, KPTM mempunyai 13,400 pelajar di sembilan kolejnya. - Bernama