Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah memberitahu Persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa rundingan berhubung perkara itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang akan diadakan di Singapura minggu hadapan.

Katanya, CoC dilihat akan lebih berkesan dalam mengawal keamanan di laut itu berbanding dengan Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) yang tidak berkuasa.

"Proses mewujudkan CoC harus disegerakan dan perkara ini sudah ada di atas meja mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang akan diadakan di Singapura minggu depan.

"Saya tidak kata CoC ada taring tapi kita cuba selesaikan dahulu. Seandainya sudah ada CoC dan keadaan agresif itu masih berleluasa maka kita harus melihat dari sudut," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran). - Bernama