Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye berkata, ini termasuklah menambah baik program Sarjana yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi di negara ini terutama melibatkan teknologi terkini yang digunakan dalam bidang itu. 

"Antara perkembangan terpenting dalam bidang anestesiologi adalah melibatkan teknologi dan teknik yang lebih selamat dalam anestesia intravena dan seduhan sasaran-terkawal bagi pelaksanaan bius sepenuhnya, penjagaan intensif serta ubatan yang digunakan.

"Untuk itu, adalah penting bagi memastikan pengetahuan bakal dan pakar bius di negara ini seiring dengan perkembangan teknologi yang sudah dan sedang dibangunkan dalam bidang ini. Malah, program sebegini adalah platform terbaik buat bakal dan pakar bius mengutip pengalaman dan berkongsi kepakaran untuk diguna pakai dalam tugasan harian mereka," katanya kepada Bernama. 

Beliau ditemui selepas merasmikan Kongres Dunia SIVA-TCI Keenam 2018 di sini hari ini yang dihadiri 1,100 pakar perubatan dan pakar bius dari 24 negara luar serta tempatan yang bermula semalam hingga 18 Ogos ini. - Bernama