ISMAIL SABRI

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, Majlis Amanah Rak­yat (Mara) menerima banyak permohonan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi untuk anak-anak mereka yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diterima belajar di MRSM.

“Mara sentiasa memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) terutamanya di luar bandar, diberi keutamaan mendapatkan pendidikan mene­ngah terbaik di MRSM.

“Jadi bagi pelajar cemerlang dalam kalangan ibu bapa berpendapatan tinggi yang mampu membia­yai kos pendidikan anak-anak mereka boleh ditempatkan di MRSM berbayar tersebut, namun namanya mungkin agak berbeza daripada MRSM sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (BN-Kedah) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara semalam.

Tambahnya, cadangan penubuhan MRSM tersebut bagi memastikan semua pelajar cemerlang yang berkelayakan berpeluang menyambung sesi pembelajaran di sekolah berasrama penuh dan meneruskan kecemerlangan masing-masing.