Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman hari ini.

"Permintaan untuk menjadikan Kiulu sebagai daerah kecil telah lama dan ia sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh semua rakyat di sini...dan hari ini sudah menjadi kenyataan untuk menjadikan Kiulu sebagai daerah kecil," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Tanah Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah di Kiulu dekat sini.

Sehubungan itu, Musa mengarahkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman melaksanakan segala proses berkaitan. 

Pada majlis itu Musa turut mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM200,000 untuk menaik taraf jalan yang menghubungkan Kampung  Pahu dan Kampung Wasai. - Bernama