Sementara itu, hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.

Pengerusi MAP, Dr. Shamsuriani Md. Jamal berkata, bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi membantu anak-anak dari gangguan pornografi dalam talian.

"Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang bagaimana menggunakan internet dengan sempurna dan mewujdukan persekitaran keluarga yang selamat daripada pengaruh pornografi.

"Dalam pada itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak melayari sebarang 'iklan' yang muncul ketika menggunakan internet jika ia membabitkan kandungan tidak sopan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Karnival Kesedaran Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, MAP sedang menawarkan kursus percuma dalam talian di laman web mereka untuk ibu bapa yang ingin meningkatkan kecelekan internet dan mempelajari cara bijak menggunakan internet serta bahaya melayari laman pornografi.

Shamsuriani juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktivit anak-anak di laman media sosial serta mewujudkan privacy functions dalam akaun mereka bagi mengelakkan daripada diceroboihi individu tidak dikenali.

“Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan privacy function ini dan tidak menerima sebarang 'permintaan mesra' daripada orang tidak dikenali,” katanya. - Bernama