Ketika China telah mengharamkan pengimportan plastik untuk dikitar semu­la sejak tahun lalu kerana ancaman pencemaran, saudagar-saudagar plastik dunia menjadikan Asia Tenggara terutamanya Malaysia sebagai lubuk baharu untuk menghimpunkan bertan-tan kiub-kiub plastik setiap hari.

Sumber Kos­mo! mendedahkan, sejak dua tahun lalu terdapat sekurang-kurangnya 38 buah kilang dan tempat pelupusan sampah yang beroperasi memproses sisa plastik di daerah Kuala Langat.

Sumber itu yang pernah beberapa kali membuat ­aduan kepada pihak berkuasa berkata, kilang terbesar di Kuala La­ngat bersaiz 10 ekar namun tiada papan tanda atau alamat dipaparkan di premis itu.

Katanya, selain pencemaran udara apabila kilang itu mengeluarkan asap yang sangat busuk, sisa-sisa cecair proses kitar semula plastik turut dilepaskan ke longkang dan anak sungai.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.