Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu melibatkan sebuah kilang berkeluasan kira-kira 929 meter persegi.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati kebakaran telah berlaku sebanyak 80 peratus.

"Api berjaya dikawal pada pukul 3.53 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya," katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami masih dalam siasatan. 

Operasi berkenaan melibatkan 14 anggota dan penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti dan Bukit Mertajam. - K! ONLINE