Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang meneliti beberapa nama yang akan diumumkan dalam masa terdekat bagi menguruskan kewangan dan pentadbiran Khazanah.

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai salah seorang pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, Mohamed Azmin berkata ia merupakan prerogatif Perdana Menteri.

"Keputusan melantik saya mewakili Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ini akan dapat memberi tumpuan mengenai agenda ekonomi baru yang akan dibentangkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 hujung tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. 

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, Mohamed Azmin serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Sukhdave Singh dan bekas Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin dilantik sebagai pengarah syarikat itu. - Bernama