Saifuddin, yang juga Menteri Luar, berkata, ini kerana keadaan ekonomi dan kewangan yang diambil alih daripada kerajaan Barisan Nasional sebelum ini lebih 'teruk' daripada apa yang disangkakan.

"Dalam masa 100 hari, ada 10 janji yang telah kita sebut dalam Manifesto PH, ada perkara yang sudah kita laksanakan, ada perkara yang sedang diusahakan dan ada perkara yang baru kita mulakan.

"Ia satu janji yang kita tetap akan tunaikan, tetapi saya harap rakyat Malaysia memahami keadaannya sangat teruk sehingga ada satu dua janji sukar dilaksanakan dalam 100 hari, mungkin dapat dilaksanakan satu dua tahun," katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Sambutan Ulangtahun ke-43 Gabungan Persatuan Tionghua Kuantan di sini malam tadi. - Bernama