Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, negeri ini mempunyai 28,300 masyarakat Cina Peranakan yang kebanyakannya menetap di bandar raya ini terutama di Kampung Cina di sini.

“Komuniti Cina negeri ini mempunyai keunikan kerana mereka bertutur dalam loghat Melayu Terengganu, selesa berbaju kebaya selain mampu membaca tulisan jawi serta memasak masakan Melayu.

“Kita akan cuba memastikan kebudayaan dan wa­risan tersebut dilestarikan dan mendapat pengiktirafan UNESCO,” katanya ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Dewan Undangan Negeri Bandar (DUN) di Kampung Cina di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw dan Pegawai Penyelaras DUN Bandar, Toh Seng Cheng.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.