Beliau yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, mengangkat sumpah buat kali pertama di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A Vigneswaran.

“Saya akan membantu dalam melaksanakan agenda kerajaan dan mengetengahkan isu pendidikan, ekonomi, infrastruktur dan kos sara hidup masyarakat pedalaman Sabah.

“Saya selaku pemimpin di pedalaman akan memantau kalau ada permasalahan yang boleh ditambah baik dan saya akan membawa isu tersebut kepada pihak yang berkaitan,” katanya dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Abd. Ghani, 56, mendapat pendidikan tertinggi  dari Universiti Americus, Washington State, Amerika Syarikat dalam bidang Ijazah Muda Pengurusan Perniagaan.

Beliau telah terlibat dalam bidang politik sejak 1985 sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu. - K! ONLINE