Beliau berkata, pelantikan Zulkifli sebagai Ketua Pengarah AADK bagi menggantikan Datuk Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin yang telah bersara tersebut berkuat kuasa hari ini.

"Perpindahan pegawai PDRM (Polis Diraja Malaysia) ke AADK bukannya kali pertama berlaku. Sebelum ini beberapa pengarah PDRM seperti Allaharyam Tan Sri Mohd. Bakri Omar dan Datuk Seri Salleh Mat Som pernah menyandang jawatan Ketua Pengarah AADK.

"Arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan dan jawatan itu (Ketua Pengarah AADK) pun memang jawatan terbuka," katanya ketika ditemui selepas merasmian Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertukaran Zulkifli sebagai Ketua Pengarah AADK menerusi sepucuk surat dalaman yang ditandatangani Ketua Setiuasaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa semalam.

Zulklifli yang menjawat Pengarah KDNKA sejak 4 Julai 2017 pernah memegang beberapa jawatan dalam PDRM iaitu Pengarah Jabatan Pengurusan, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi selain Ketua Polis Kuala Lumpur,  Perak dan  Kelantan. - K! ONLINE