Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 61 tahun yang bergelar Datuk itu ditahan pada pukul 4.15 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Siasatan awal mendapati wanita tersebut terlibat bersama-sama tujuh lagi pegawai kanan yang direman hari ini kerana telah menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut bagimanapun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, suspek tersebut akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - K! ONLINE