Pengerusi Gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Adly Zahari berkata, majlis istiadat tersebut akan berlangsung sebaik sahaja barisan Exco termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri diputuskan hari ini.

"Kita akan memastikan proses peralihan akan mengikut undang-undang dan meminta kerjasama daripada polis negeri terus mengawal keamanan sepanjang prosedur ini," katanya pada sidang akhbar di pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka, Bukit Katil di sini hari ini. 

Ditanya mengenai calon Ketua Menteri, Adly memberi bayangan mereka terdiri daripada barisan hadapan pada sidang akhbar itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Mohd. Rafiq Naizamohideen;  ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan beliau sendiri. 

Mengulas lanjut, Adly memberitahu, dalam perancangan awal sebagai kerajaan baharu, pihaknya akan cuba menunaikan janji yang dinyatakan di dalam manifesto secara berperingkat selama lima tahun.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung semalam, Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional apabila memenangi 15 daripada  28 kerusi DUN serta merampas tiga kerusi Parlimen selain mengekalkan Parlimen Kota Melaka. - K! ONLINE