Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, penggantungan tugas oleh badan siasatan yang dianggotai pegawai tertinggi KKM serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Menurutnya, badan siasatan itu turut menyarankan satu laporan dibuat kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk menyiasat ketua jabatan tersebut berhubung salah laku profesional berdasarkan peruntukan dalam Akta Perubatan 1971.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.