Menurutnya, keamanan dan kemakmuran yang dicapai pada hari ini adalah hasil kejayaan generasi-generasi terdahulu yang memilih jalan untuk berkompromi serta bekerjasama berbanding berkonfrontasi dalam memperjuangkan kepentingan perkauman.

“Marilah kita ketepikan perbezaan politik antara kita dan sebaliknya memainkan peranan masing-masing sebagai ahli sukan tulen dalam membina budaya dan masyarakat penyayang yang begitu penting bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia bersatu padu dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Terbuka Taekwando Sedunia G1 2018 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.