Pengerusinya, Datuk Sazmi Miah berkata, langkah itu setelah semua peneroka terbabit dapat urus semula ladang sawit mereka yang terbabit program tanam semula sejak lima tahun lalu sudah mengeluarkan hasil dan mampu menampung perbelanjaan. 

Katanya, mungkin mereka memperolehi pendapatan lebih RM1,000 sebulan, tetapi sekiranya kurang daripada itu atas faktor harga sawit dipasaran jatuh teruk boleh dipertimbangkan untuk bayaran sara hidup semula mengikut dari setahun ke setahun. 

Beliau berkata, pihaknya juga meneliti bayaran sara hidup itu kepada peneroka selama ini yang dianggap tidak mencukupi bagi perbelanjaan berikutan kos sara hidup semakin tinggi, tetapi disebabkan bayaran itu tamat tahun depan terpaksa dilihat pendapatan mereka seterusnya.

"Kalau mengikut pemerhatian kita berdasarkan harga semasa sawit di pasaran sekarang mereka mampu memperolehi pendapatan lebih RM1,000 sebulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Koperasi Harapan Sungai Asap di RKT KESEDAR Sungai Asap, disini, hari ini. - Bernama