Pensyarah Pusat Pe­ngajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Chong Hon Yew berkata, ini berikutan setiap hari, ada kejadian butiran meteor memasuki atmosfera bumi sebelum ia terbakar dan berkecai.

“Jadi, kemungkinan untuk meteor tersebut melintasi ruang angkasa negara pada masa akan datang memang ada. Bagaimanapun, meteor yang melintasi sesuatu kawasan tidak akan meletup di situ sebaliknya bakal berakhir di kawasan lain.

“Sebagai contoh, sekiranya orang ramai melihat sebuah meteor melintasi kawasan di ruang angkasa Melaka, ia tidak mungkin meletup di situ tetapi kemungkinan berkecai di tempat lain yang jauhnya beratus kilometer lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.