Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kese­mua mangsa membuat laporan menerusi e-mel dan surat rasmi kepada badan siasatan tersebut.

Menurutnya, setakat ini laporan yang diterima belum disahkan dan Badan Siasatan Bebas yang dilantik hanya mengadakan perbincangan serta pembentangan secara tidak rasmi.

“Seperti dijadualkan, badan siasatan ini akan membentangkan laporan rasmi mereka minggu depan berserta cada­ngan tindakan bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.

“Kementerian akan meneliti laporan dan cadangan yang diberikan sebelum membentangkannya di Kabinet, dijangka dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Klinik Bergerak Sutera Yayasan Avisena di Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.